Uncategorized

Sarapan di Kopitiam

Assalamualaikum..

Hari ini saya sekeluarga mengambil kesempatan untuk balik ke kampung suami…jadi pagi-pagi lagi sudah bersiap. Untuk memudahkan kerja, suami mengajak bersarapan di sebuah kopitiam berdekatan dengan tampat tinggal kami…excited jugak..sebab dah lama tak makan di situ..

Ok..straight to the point…saya nak komen pasal kopitiam tu…Saya ringkaskan di sini…

  • SERVICE : Perkhidmatan yang tidak cekap. Saya terpaksa mengambil sendiri menu…sebelum memanggil pelayan berkali kali untuk meminta ‘borang pesanan’…Waktu untuk menunggu makanan sampai juga agak lama selain daripada ada pesanan yang tertinggal…maka terpaksalah menunggu lebih lama walau hanya meng ‘order’ nasi lemak kosong. Nak order nasi lemak sotong…dah habis katannya…
  • QUALITY : Rasa yang tidak ‘seberapa’…Mungkin juga kerana saya pernah ‘mencuba rasa’ makanan di kedai-kedai makan atau kopitiam lain dan rasanya jauh lebih sedap. Presentation dan tahap kebersihan?…ok jugak lah…Kopitiam terkenal kannnn…
  • PRICE : Secara umum..pelanggan jarang komen pasal harga jika rasa makanan itu sedap dan perkhidmatan yang diberikan juga sangat cekap…kecualilah harga makanan tersebut tersangatlah mahal..Namun untuk kopitiam ini, harga makanan itu saya kategorikan sebagai agak mahal..dan tidak sepadan dengan kualiti rasa dan perkhidmatan yang diberikan…

And still thinking…what is the ‘selling point’ of this kopitiam???…eeemmm

Sekian..Wassalam..

19 thoughts on “Sarapan di Kopitiam”

    1. Kopitiam tu…adalah kedai kopi sebenarnya.
      Kopi = kopi
      Tiam = bermaksud kedai dalam bahasa hokkein (cina)..
      T.kasih ya Saud…salam hujung minggu

  1. ya kopitian..service dgn makanan kena la sepadan dgn harga dan imej yg dibawa..pnah mkan kopitiam yg biasa2 kat pekan2 ..simple tapi sedap gilar..harga murah..itu memang kaw2 kopi dia sis 😛

  2. mama and ayah tiri sy suka sgt kopitiam.. kalau bleh hari2 nk bfast sana.. sy plak tekak melayu tulen.. x bleh bfast ngan roti semata2… hehehe

  3. for me 1st thing 1st..makanan sedap ke tak? pastu cpt ke lambat?? klu 2 tu lulus harga dsnt matter sgt..kira berbaloi la kan

    moga2 pihak kopitiam tu ambil tindakan proaktif klu xnak rugi n nk jaga customer utk masa lama..

Leave a Reply