Cerita

e-filing

Assalamualaikum…

Di hari cuti hujung minggu ini saya berkesempatan untuk mengemaskini e-filing untuk cukai pendapatan (taksiran tahun 2013)…

Apa itu e-filing?
Ia adalah perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk memudahkan pembayar cukai melengkap, mengira dan mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara on-line.

Banyak kelebihannya kalau hantar awal…..Selain daripada sistem yang agak laju (sebab tak ramai orang masuk lagi agaknya), rebate pun akan dibayar awal….Kalau adalah..hehe

Berdasarkan pengalaman, apa yang penting untuk mengemaskini e-filing adalah:

  • Jangan lupa password atau kata laluannya..
  • Sila simpan segala resit pembelian buku, kos-kos perubatan, peralatan sukan, komputer dan yang sewaktu dengannya – untuk mendapatkan pelepasan cukai (tertakluk pada had yang diberikan)
  • Ibu-ibu dan bapa-bapa sekelian juga digalakkan untuk mengambil insuran pendidikan & perubatan dan membuat caruman di SSPN – untuk mendapatkan pelepasan cukai juga (tertakluk kepada had yang diberikan)
  • Sekiranya ada membuat pembayaran zakat, sila simpan resitnya juga ya…
  • Dan jangan lupa..tarikh tutup penghantarannya adalah pada 30 April 2014 (untuk cukai taksiran individu)

Sekian sahaja untuk perkongsian hari ini..Selamat Membayar Cukai

Wassalam.

Sumber gambar : google

27 thoughts on “e-filing”

  1. Perkongsian yang bermanfaat kak..sebenarnya masih ada orang yang masih keliru cara nak gunakan e-filing ni..that why ada sesetengah orang suka cara manual lagi..hehehe

    Regards,
    -Strider-

Leave a Reply