Uncategorized

Demi Masa…

“Demi masa…
Sesungguhnya manusia kerugian….
Melainkan yang beriman dan beramal soleh…
Dan nasihat menasihati…Supaya mentaati kebenaran…
Dan nasihat menasihati…Supaya menetapi kesabaran” 

Maaf…agak sibuk kebelakangan ini…tak begitu sempat nak berblogging..
Apa-apa pun…semoga kita sentiasa menghargai masa yang dipinjamkan kepada kita…
Teringat saya tentang kisah pertanyaan Imam Ghazali kepada anak muridnya..
“Apakah yang paling jauh dari kita di dunia ini?”
Murid 1 : “Negeri China”
Murid 2 : “Bulan”
Murid 3 : “Matahari”
Murid 4 : “Bintang-bintang”
Jawapan Imam Ghazali “Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah masa lalu. Apa pun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh itu, jagalah hari ini, hari esok dan hari-hari akan datang dengan perbuatan yang baik serta dapat memberi manafaat kepada kita kelak”
Sekian. Wassalam.

16 thoughts on “Demi Masa…”

  1. Betul Fidah..masa lalu memag terlalu jauh coz kita tak mungkin mendapatnya kembali..Kita kena hargai masa sekarang dan masa depan In Shaa Allah..

  2. Mmg betul.. masa lalu tiada siapa yg akan dpt kembali… jngn dipersiakan masa yg ada kerana ia juga pasti akan berlalu. Yg berlalu biarlah ttp berlalu…

  3. Selamat pagi Mbak, Fidah. terkadang masa lalu membawa kisah yang
    Sangat berkesan, dan masa yang Indah itu tak mudah terhapus oleh
    Bergantinya tahun. makasih share nya Mak Fidah. salam silaturrahmi 🙂

Leave a Reply