Uncategorized

Nasi Ambang

Pernah makan nasi ambang?

Nasi ambang adalah hidangan orang Jawa. Ia adalah nasi putih yang dihidang di dalam dulang bersama lauk pauk seperti mi goreng, ikan masin, ayam
masak kicap, sambal goreng, serunding kelapa dan beberapa lauk lagi. Rasanya
memang sangat sedap dan sesuai dengan tekak jawa saya ni…hehe
Masa saya kecil dulu, selalu juga nasi ambang ini menjadi
hidangan di waktu kenduri kendara. Kadang-kadang dapat dibawa balik sebagai β€˜berkat’.
Tapi sekarang saya tidak pasti sama ada amalan itu masih ada.
Semalam, saya balik ke Johor. Sempat juga singgah di R&R
Pagoh untuk menikmati nasi ini. Walaupun tidak dimakan di dalam dulang (nasi
ambang itu dibungkus dengan daun pisang), ianya tetap best dan terbaik.

Sekian. Wassalam.

27 thoughts on “Nasi Ambang”

  1. masih ada lg kat Banting ni …masyarakat Jawa di sini mengamalkannya bila kenduri kendara, sy tumpang sekaki wala pd mulanya terpinga2 nak makan macam mana…haha maklum la org Kedah kan..

  2. Tak pernah cuba pun cik Fidah. Selalu kalau ada pilihan antara nasik ambeng or nasik kerabu, tetap nak makan nasik kerabu jugak.. hehe..

  3. Lama Nurul tak pekena nasi ambang ni.. kawan2 cakap kt medan selera BBU ada satu gerai nasi ambang yang meletopss, tp belum berkesempatan nk pegi..sebabnye, gerai tu buka ofc hour je.. jauh tu Nurul nak kesana during lunch hour..huhu

  4. Masa kecik2 selalu merasa makan nasi ambeng ni. Dah nk ke'tua' dah tak pernah jumpa lagi. Tapi rasanya kalau di belah2 pontian yg kt kampung2 terutamanya kt Kg Sri Bunian tu masih lagi mengamalkan pemberian berkat nasi ambeng tu.

  5. mak saya pun keturunan org jawa time kenduri makcik2 lebih suka buat nasi ambeng
    kita org suka mkn ramai2 ,,,berebut2 mengalahkan bebdk…kg kita dekat jer kat kg melayu subang(belah mak semua kat situ)….eermm dah terliur nak mkn la hihi

Leave a Reply