Cerita Uncategorized

Ingin Ubah…Tapi..

Assalamualaikum

Saya ingin mencoretkan kisah sahabat saya, Ell, yang sedang
mencuba untuk mengubah gaya hidupnya. Biasanya Ell memandu ke tempat
kerja, tetapi hari ini dia membuat percubaan untuk menaiki kenderaan awam.
Hari ini Ell keluar rumah tepat jam 7 pagi. Dia memandu ke
stesen LRT dengan harapan untuk mendapatkan ‘parking’. Tapi malangnya tempat letak
kereta yang disediakan sudah pun penuh. Disebabkan
kesesakan lalulintas dan berkali kali berpusing untuk mendapatkan ‘parking’ Ell
telah menghabiskan hampir 25 minit di situ. Akhirnya Ell berjaya juga mem ‘parking’
keretanya walau agak jauh. Tempat yang dekat, semuanya telah dipenuhi dengan
kereta.
 “Dapat parking
punyalah jauh, lebih kurang sama dengan perjalanan balik rumah.  Baik ‘parking’ kat rumah aje, pergi stesen LRT
jalan kaki” rungut Ell.
Sudahlah kena ‘parking’ kereta di tempat yang agak jauh, Ell
terpaksa berjalan kaki dengan kasut tumit tinggi pula ke setesn LRT. “Pagi-pagi
lagi dah berpeluh dan sakit kaki”. Uuhhhh’!!!
Sepanjang perjalanan Ell ke stesen LRT, dia memerhatikan
kebanyakan kereta yang telah berjaya mendapat tempat ‘parking’, masih ada
pemandunya di dalam kereta. Ada yang sedang tidur dan ada yang leka dengan
handphone masing-masing. Persoalannya, adakah mereka datang sangat awal ke
stesen LRT semata mata untuk mendapatkan ‘parking’? Dan beginikan jadual hidup
mereka seharian? Emmmmm….kata Ell, dia kurang pasti tentang itu.
Ell menaiki LRT lebih kurang pukul 7.40 pagi, menuju ke stesen
KL Sentral untuk bertukar ke tren komuter bagi meneruskan perjalanan ke tempat
kerja. Perjalanan menaiki LRT ke stesen KL Sentral mengambil masa lebih kurang
30 minit.  Kemudian, Ell menunggu ketibaan
tren komuter di Stesen KL Sentral (lebih kurang 15 minit) dan perjalanan
menaiki komuter ke stesen yang berdekatan dengan tempat kerja mengambil masa 15
minit.  Nasib baik lah komuter tak buat
hal pagi ni..kalau tidak……
Akhirnya Ell selamat sampai ke pejabat lebih kurang pukul 8.45
pagi. Selalunya Ell sampai 1 jam lebih awal dari waktu itu dan boleh memulakan kerja seawal pukul 8 pagi. Sudahlah lewat, Ell kelaparan
sepanjang pagi kerana tak sempat untuk bersarapan, ditambah pula dengan kerja
yang bertimbun-timbun. 
Esok, saya tidak pasti sama ada Ell betul-betul ingin mengikut gaya barunya atau kembali memandu kereta. Namun begitu, kalau betul-betul Ell mahu sampai awal ke pejabat, pastinya Ell kena keluar lebih awal atau sembahyang subuh saja di pejabat…huhu…

Entah apalah yang sedang difikirkan oleh Ell…
Apa-apa pun, semoga Ell tenang dan ceria sentiasa. Kami (kawan-kawan semua)
akan selalu mendoakan, semoga dipermudahkan perjalanan dan segala urusan….Aamiin

Sekian. Wassalam

7 thoughts on “Ingin Ubah…Tapi..”

  1. teringat masa nak gi exam naik komuter . sakit hati bila komuter tettiba gerak lambat budget ngalahkan org joggiing ! . sampai dewan periksa , org dah standby nak start … perghhh …

  2. I may need your help. I tried many ways but couldn’t solve it, but after reading your article, I think you have a way to help me. I’m looking forward for your reply. Thanks.

Leave a Reply