Uncategorized

Belanjawan Keluarga

Pagi tadi saya ke pasar untuk membeli barang-barang basah
untuk stok seminggu. Anak teringin nak makan ikan bawal, jadi, gerai pertama
yang disinggah tadi memang gerai ikan. Dengan membeli 2 ekor ikan bawal, 4 ekor
ikan kembung dan beberapa kelar ikan merah, harganya mencecah hampir RM50…Itu
belum ayam (atau daging), sayur dan bahan-bahan kering seperti ikan bilis,
bawang, lada kering, telur dan sebagainya. Biasanya, kalau ke pasar,
kawan-kawan bawa berapa ringgit ya? Itu baru duit pasar….huhu

Sumber: Google
Dengan meningkatnya kos sara hidup, saya rasa ‘belanjawan
keluarga’ atau ‘family budget’ sangat perlu untuk mengawal perbelanjaan dan
aliran tunai kita. Senario yang biasa terjadi: Kita keluarkan RM200 dari mesin ATM. Selepas
beberapa hari, tau-tau saja duit tu dah habis..entah apa yang dibeli pun,
kadang-kadang kita tidak sedar..harap-harap, dengan adanya belanjawan/budget,
sedikit sebanyak dapat mengawal perbelanjaan kita.
Kenapa Belanjawan Penting?
  • Mendidik kita supaya berbelanja mengikut
    kemampuan. Perbelanjaan harus difokuskan kepada ‘keperluan’
    dan bukannya ‘kehendak’. Anda juga digalakkan untuk membuat senarai
    barang yang perlu dibeli. Ini adalah untuk mengelakkan dari membeli
    barang-barang yang tidak perlu. Selain itu, perbandingan harga juga perlu. Jika betul
    caranya, memang boleh berjimat.
  • Menggalakkan tabiat menyimpan. Tetapkan xx% daripada gaji anda untuk simpanan.
    Kaedah simpanan wang melalui potongan gaji amatlah digalakkan. Anda juga harus menetapkan matlamat untuk jumlah wang yang mahu disimpan. Contohnya, target menyimpan
    RM10,000 untuk tahun 2014…Dan jika anda mendapat duit lebih, contohnya bonus atau
    elaun, anda boleh perlu meningkatkan target yang telah ditetapkan. 
  • Menabung untuk waktu-waktu kecemasan.  Sekurang-kurangnya anda perlukan tabungan sejumlah 3
    ke 6 bulan berdasarkan jumlah perbelanjaan bulanan anda. Contohnya, jika
    perbelanjaan bulanan anda adalah RM2,000, jumlah yang perlu ada adalah RM6,000
    ke RM12,000

Bagaimana untuk membuat belanjawan/budget keluarga?

  • Jumlahkan semua pendapatan (termasuk juga
    pendapatan suami atau isteri yang bekerja). Pendapatan adalah nilai bersih
    setelah ditolak EPF, cukai, SOCSO dan sebagainya. 
  • Senaraikan pula semua perbelanjaan atau aliran
    wang keluar. (Ini termasuk jumlah simpanan tetap dan juga tabungan kecemasan
    tadi). Contoh:
  • Sekiranya jumlah perbelanjaan melebihi
    pendapatan (deficit), anda perlu menyemak semula perbelanjaan anda dan boleh kurangkan mana-mana perbelanjaan yang dirasakan tidak begitu penting.
Harap-harap tips ini dapat membantu.

Sekian. Wassalam

6 thoughts on “Belanjawan Keluarga”

  1. Kesedaran berkenaan belanjawan berhemah mmg sepatutnya diterapkan dlm keluarga, tambahan dlm keadaan kenaikan bnyk harga brgn & perkhidmatan dlm waktu skrng ini. T kasih diatas perkongsian.. 🙂

    1. Betul. Kesedaran dan disiplin tentang perbelanjaan perlu ada…terutamanya di waktu semua harga barang naik..t.kasih Khir 🙂

  2. Yeah I really need to learn how to manage the money properly, eventhough I didn't have my own money yet xD

    A few days ago, I just withraw some cash from the ATM, and I buy nothing but foods for lunch or dinner and I found out that I ran out of cash so fast -.-"

    1. I think we should hv our own budget, especially in the current situation..huhu……All consumer products including food has gradually increased 🙁 🙁
      Thanks Razi…

Leave a Reply