Ssyyyy!!! Jangan Tanya Pada Suri Rumah.




Menjadi surirumah tangga sepenuh masa? Ingat senang ke nak
buat keputusan tu…..

Pada saya ianya suatu dilema…..Sama ada mahu memilih wang
ringgit atau tumpuan pada keluarga. Bagi wanita bekerjaya yang memilih untuk
menjadi suri rumah sepenuh masa, saya kira itu satu pengorbanan.
Sumber gambar: Google

Minggu lepas saya ada membaca satu aktikel tentang
hal-hal berkitan dengan suri rumahtangga. Saya rasa aktikel itu agak
menarik dan ingin saya kongsikan di sini:

Soalan-soalan Yang
Tidak Perlu Ditanya Pada Ibu-ibu yang Memilih Untuk Menjadi Suri Rumah:

Banyaknya masa. Apa yang awak buat dengan
masa yang banyak tu?

Tugas seorang
suri rumah sebenarnya bermula daripada celik mata sampailah tutup mata. Ada
saja perkara yang perlu dibuat. Mengemas rumah, memasak, mencuci pinggan mangkuk,
membasuh pakaian, manjaga anak dan pelbagai lagi kerja yang tidak akan habis.
Lebih-lebih lagi bila ada anak kecil di mana sepenuh tumpuan perlu diberikan
padanya. Kadang-kadang tu, nak masuk bilik air pun susah. Kalau tak percaya,
cer tanya…

Kalau penat, kenapa tak tidur bila baby
tidur?
Masa anak
tidurlah si ibu dapat menyambung kerja-kerja yang tertangguh. 

Mesti boleh relax kan….sebab tak payah
pergi kerja. Betul tak?
Tugas ibu
zaman sekarang sangat mencabar. Pagi – menghantar anak ke sekolah,kemudian
menjemput mereka pulang dari sekolah. Petang pula menghantar anak ke sekolah
agama, kelas mengaji , tution,  kelas
karate, kelas  muzik, atau
akitiviti-aktiviti sekolah. Selepas itu, mengajar dan membantu anak membuat
kerja rumah. Pada masa yang sama, tugas-tugas harian di rumah perlu berjalan
seperti biasa. Bukankah masa dan tenaga yang dicurahkan sama dengan mereka yang
pergi bekerja?

Husband Dah Kaya ke?  
Sesetengah
orang memang memilih untuk hidup dengan cara yang sederhana. Mereka sanggup
tinggal di rumah yang sederhana besarnya dan memiliki kereta yang bukan dari jenama
mewah, asalkan dapat membesarkan anak-anak dengan nilai-nilai murni yang
tersendiri. Tapi, di zaman serba canggih sekarang, duduk di rumah pun boleh
dapat income jika kreatif dan rajin.
Betul tak?

Bila nak kerja semula?
Ada juga
ibu-ibu yang berhenti kerja untuk sementara waktu sahaja sehingga anak-anak
besar sedikit atau bila mereka sudah bersekolah. Golongan ini sebenarnya merasa
bimbang, adakah peluang pekerjaan masih ada untuk mereka. Jadi, tak perlulah
anda menambahkan lagi tekanan yang sedia ada.


Tak rugi ke belajar tinggi-tinggi, lepas tu
terperap di rumah?

Matlamat
kebanyakan orang yang pencapaian akademiknya cemerlang adalah untuk mendapatkan
kerja yang bagus dan gaji yang tinggi. Tapi, inilah yang saya nyatakan tadi, ia adalah
nilai sebuah pengorbanan. Selain itu, golongan ibu-ibu ini dapat menggunakan ilmu yang mereka ada untuk mendidik anak-anak.

Saya tak akan berhenti kerja. Saya tak
boleh hidup kalau tak berkomuniksi dengan orang dewasa.
Kata-kata
ini mungkin datangnya dari mereka yang merasa cemburu pada ibu-ibu yang sanggup
berhenti kerja demi anak-anak kerana mereka sendiri tidak sanggup untuk
melakukan sedemikian.

Berapa ringgit suami bagi duit belanja
tiap-tiap bulan?
Surirumah
dibayar gaji? Selalunya ‘tidak’.  Tapi, bergantung
pada kemampuan masing-masing.
Ada juga
suami yang menyerahkan semua urusan kewangan keluarga pada isteri. Suami hanya
memberi wang, terserah pada kebijaksanaan si isteri untuk membuat perbelanjaan
harian, membayar bil, memberi wang saku anak-anak, wang simpanan hari tua dan
sebagainya.
Kalau di tanya
pendapat peribadi, sekiranya saya berhenti kerja, saya akan cuba membuat
sesuatu yang boleh mendatangkan pendapatan, supaya saya tidak perlu terlalu
bergantung pada suami dari segi kewangan. Harap-harap boleh la… J

Semoga
perkongsian ini dapat memberi manafaat kapada kita terutamanya bila
berkomunikasi dan bagi menjaga sensitiviti ibu-ibu yang sanggup mengorbankan
kerjaya mereka demi keluarga.
Jika wanita bekerjaya adalah penjana ekonomi negara, golongan suri rumah ini sebenarnya adalah penyumbang penting kepada pembentukan insan.

Sekian.
Wassalam.

Rujukan
utama: Artikel dari Women’s Day

Tags:

2 thought on “Ssyyyy!!! Jangan Tanya Pada Suri Rumah.”

  1. kebanyakan wanita bekerja supaya ada wang sendiri utk berbelanja . klu nak harapkan elaun dr suami , confirm x dpt beli beg yg kita nak kan …

    1. admin says:

      Betul..kalau saya suka pegang duit sendiri dan tidak terlalu bergantung pd org lain..tq Vee 🙂

Leave a Reply

Related Post