Uncategorized

Rahsia Wanita : Tips ‘Menjaga’ Pasangan Anda

Assalamualaikum

Saya terbaca satu artikel tentang bagaimanakah caranya untuk
menjaga pasangan anda supaya kekal bahagia. Saya kongsikan di sini:
Gambar: Google
  • Sentiasa hargai pasangan anda. Biarlah pasangan anda merasa
    merekalah orang yang paling istimewa dalam hidup anda. Raja di hati gitew

  • Pastikan anda tahu
    apa yang mereka lakukan setiap hari.
    Tapi ini bukan bermaksud
    anda perlu ‘mengawal selia’ mereka setiap masa. Juga tidak perlu ‘mengaudit’
    apa juga yang pasangan anda lakukan. Cukup sekadar mengambil tahu. Tetapi,
    seandainya berlaku sesuatu yang mencurigakan……eeeeemmmmmm…………….

  • Sekiranya anda dan
    pasangan sedang bercuti, pastikan tiada unsur-unsur yang tak berapa best mengganggu.
    Tak kiralah gangguan
    dalam bentuk apa pun, pastikan ianya tidak mengacau mood percutian anda.
  • Selalu-selalu lah
    mencipta saat-saat bahagia dan romantik bersama pasangan anda. 
  • Hormati pasangan
    anda sebagaimana anda mahu dihormati.

  • Live, love and laugh. Kerapkan komunikasi
    bersama pasangan anda. Berkongsi lah cerita-cerita yang mencerikan tidak
    kiralah dari pengalaman sendiri, komik, surat khabar atau pun e-mail.
  •  Listen first, and
    then talk
    .
    Biarlah dia menghabiskan kata-katanya sebelum anda mencelah. Mintalah
    penerangan yang lebih jelas jika tidak pasti tentang sesuatu perkara bagi mengelakkan
    dari sebarang salah faham.

  • Jadilah penyokongnya
    yang paling setia.
    Selalunya lelaki tidak mahu mengaku yang dia memerlukan sokongan. Ego…betul?
    Tak kiralah apa pun tanggapan lelaki. Yang penting, teruskan memberi sokongan
    padanya dalam apa jua keadaan. 
  • Jangan saling
    menyalahkan.
    Ini memang biasa terjadi. Walau apa pun, tingkatkan tahap kesabaran
    anda kerana kadang kala, sesuatu perkara yang berlaku adalah di luar kawalannya.

  • Masak untuk mereka. Orang tua-tua kata,
    isteri kena jaga perut suami. Jadi, apa lagi…..masaklah. Nampaknya Kak Ton pun
    dah tak boleh nak gantung kuali selalu..huhu
  •  Hold and Cuddle your
    man, his day can be just a bad as your day.
    Kadang-kadang, perlu
    melayan mereka seperti ‘bayi dewasa’. Mungkin ibu mereka dulu sentiasa ada
    serta melayan mereka sebaiknya jika mereka ditimpa masalah.
  •  Jika meninggalkan mereka sendirian, pastikan segala keperluan sudah
    dipenuhi.
    Ini akan membuatkan mereka merasa yang anda sentiasa prihatin terhadap
    mereka.
  • Jangan biarkan dia
    keluar atau selalu sangat berurusan dengan perempuan-perempuan yang sedang
    kesunyian.
    Biarlah lelaki lain saja yang memainkan peranan sebagai  ‘kaunter aduan’ di situ. Jika perlu, boleh juga
    tanya kepada pasangan anda, adakah dia suka jika anda keluar dengan lelaki-lelaki
    yang lebih muda, kacak, kaya dan sedang patah hati serta memerlukan anda
    menjadi pendengar masalahnya yang setia….eeemmmmm
  •  Jangan memperkecilkan kerdibiliti mereka. Ajak mereka
    berbincang jika mahu membuat keputusan-keputusan penting terutamanya yang melibatkan
    hal-hal rumahtangga.

Gambar : Google

Ok. Harap-harap tips
ini dapat membantu.

Sekian. Wassalam.

Rujukan Utama: m.wiki.com

2 thoughts on “Rahsia Wanita : Tips ‘Menjaga’ Pasangan Anda”

Leave a Reply