Motivasi Uncategorized

If Better is Possible

“If better is possible, good is not enough” Kalau kita
berpeluang untuk menjadi lebih baik, menjadi setakat baik sahaja mungkin tidak
cukup. Atau, jika kita diberi peluang untuk memilih antara yang lebih baik atau yang baik, mestilah kita akan memilih yang lebih baik. Betul tak?

Cerita pasal azam 2014, macam-macam pun terfikir. Walau apa pun,  saya berharap semuanya akan menjadi lebih
baik. Tidak dinafikan, ada juga perkara-perkara yang mengecewakan berlaku pada
tahun 2013 ini. Dan sebagai manusia biasa, bukannya senang untuk memujuk hati
supaya sentiasa positif. Tapi saya percaya, perancangan Allah adalah yang
terbaik.

Gambar : Google
Sebagai umat Islam, saya juga berharap agar dapat terus
membaiki diri dan menggunakan sepenuhnya masa yang dipinjamkan ke arah kebaikan.
Semoga matlamat hidup juga lebih jelas untuk mencapai kejayaan dunia dan
akhirat. Semoga lebih ‘fokus’ serta memberikan priority kepada apa yang dirasakan penting dalam kehidupan.  In Shaa Allah.
Gambar : Google

Semoga tahun 2014 akan membawa sinar baru dalam hidup kita.
Semoga lebih murah rezeki, diberi kesihatan yang baik, tercapai segala hajat
dan dipermudahkan segala urusan.

Dan untuk sahabat-sahabat blogger sekalian, saya mengambil kesempatan ini untuk meminta maaf
kalau ada terkasar bahasa atau tersilap kata sepanjang masa berblogging ini. Maklumlah,
saya masih baru dan banyak lagi yang perlu dipelajari.  Terima kasih di atas tunjuk ajar dari sahabat-sahabat sekelian. Saya berharap agar dapat terus aktif berblogging, namun jika masa tidak mengizinkan untuk update entri selalu, sekadar memberi komen/blogwalking atau menjadi silent reader di blog rakan-rakan juga boleh, kan?
Semoga persahabatan and ukhwah terus
berkekalan. In Shaa Allah.


Selamat Tahun Baru 2014
Gambar: Google

 Sekian. Wassalam.

Leave a Reply