Uncategorized

Elak Jadi Mangsa Penipuan Kad Kredit

Assalamualaikum

Hari ni nak cerita topik yang agak serius siket. Pasal kad kredit. Mesti ramai kawan-kawan di luar sana yang sedang berusaha men’settle’kan hutang ‘kad sakti’ ini bila dapat bonus kan…hehe

Teringat saya masa mula-mula nak berblogging dulu…
Salah satunya matlamatnya adalah untuk berkongsi ilmu. Mudah-mudahan ianya dapat menjadi saham akhirat kelak.
So, i hope the information will be beneficial to all of you…

Ok. Back to the topic..
Berikut adalah langkah-langkah untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan:

  • Tandatangani kad kredit sebaik sahaja diterima
  • Simpan kad kredit di tempat yang sama di dalam dompet atau beg duit. Jika ia hilang atau dicuri, anda akan mudah menyedarinya.
  • Jangan berikan butir-butir kad kredit anda (contohnya nombor kad dan tarikh luput) kepada orang yang tidak dikenali kerana ada kemungkinan maklumat tersebut digunakan untuk membuat pembelian menggunakan telefon, pos atau internet.
  • Berurus niaga secara online dengan laman web yang dipercayai sahaja
  • Ikuti perkembangan terkini – berwaspada dengan aktiviti penipuan siber dan lain-lain yang berkaitan dengan kad kredit
  • Sila simpan nombor telefon pengeluar kad kredit anda (i.e nombor bank) supaya dapat menghubungi mereka dengan segera jika berlaku kecemasan contohnya kehilangan, kecurian, kes ragut dan sebagainya (nauzubillah)
  • Periksa transaksi kad kredit anda untuk mengelakkan sebarang urusniaga tanpa kebenaran
  • Semak semua butir-butir yang terdapat pada slip urus niaga anda dan bandingkan dengan penyata bulanan anda sebaik sahaja diterima.
  • Maklumkan pengeluar kad kredit anda dengan serta merta jika terdapat sebarang kesilapan atau kemungkinan berlaku urus niaga tanpa kebenaran
  • Musnahkan semua slip-slip urus niaga sebelum anda membuangnya.
Harap tips-tips ini dapat membantu..
Sekian. Wasalam
Rujukan utama : bankinginfo.com

3 thoughts on “Elak Jadi Mangsa Penipuan Kad Kredit”

Leave a Reply