Uncategorized

Cermin Mata Saya

Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga mencari cermin mata
kesayangan yang telah hilang berminggu-minggu. Terima kasih kepada Mr.Hubby
yang menolong bersama-sama mencari.  Jenuh
juga kalau cermin mata hilang…Walau tahap rabun tak begitu kritikal, payah juga
kalau nak tengok TV. Tak kan lah sepanjang masa nak pakai contact lens

Terfikir juga nak buat cermin mata baru esok…nasib baik
dah berjumpa. Kalau tidak, entah berapa pulak lah Ringgit Malaysia yang akan ‘terbang’…huhu.
Maka timbullah keinsafan untuk menjaga cermin mata ni baik-baik. Harap-harap
tak hilang lagi.

Cara
Penjagan Kaca Mata

·          Pastikan cermin mata di simpan di tempat yang
selamat dan senang di ingat (ini kes saya lah..sebab tak ingat simpan kat
mana..hehe)
·          Gunakan bekas yang sesuai dengan saiz kaca mata
– bekas yang terlalu kecil akan merosakkan lensa dan bingkai.
·          Lakukan pemeriksan pakar optik sekurang-kurangnya
setahun sekali bagi memastikan kaca mata berada dalam keadaan baik.
·         Basuh bingkai dan lensa sekerap mungkin dengan
pencuci lembut dan air suam bagi menghilangkan minyak dan kotoran.
·         Elakkan membuka kaca mata dengan menggunakan
sebelah tangan. Ia mungkin boleh menyebabkan kaca mata longgar atau patah.
Sebaliknya, gunakan kedua-dua tangan bagi mengelakkan kerosakkan pada bingkai
dan lensa.
·        
Jangan meletakkan kaca mata di atas permukaan
kasar kerana lensa mungkin akan tergesel atas permukaan dan menyebabkan ia
calar..
Harap-harap tips ini berguna

Sekian. Wassalam.

Rujukan: Artikel – Cara Penjagaan Kaca Mata (karangkraf.com)

Leave a Reply