Islam

Cerita Pasal Perasaan

Assalamualaikum

Apa perasaan dan reaksi anda jika sedang berjalan kaki dan
lalu di hadapan  kedai-kedai berikut:
1.      
Restoran milik bukan Islam yang menjual daging
khinzir dan arak
2.      
Kedai menjual nombor ekor seperti magnum dan
sports  toto
3.      
Bank – yang operasinya berasaskan riba

Sama seperti larangan terhadap memakan daging khinzir,
meminum arak dan berjudi, larangan mengenai riba juga sudah jelas dinyakan
dalam kitab suci Al-Quran:

“………Bahawa
sesungguhnya berjual beli itu sama sahaja sepert riba. Padahal Allah telah
menghalalkan jual beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu, sesiapa yang
telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya, lalu dia berhenti
(daripada menggambil riba), maka apa yang diambilnya dahulu (sebelum
pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserah kepada Allah.
Dan sesiapa yang mengulanginya lagi (perbuatan menggambil riba itu), maka
mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalammya” (Al-Baqarah:275)
Peringatan untuk diri sendiri dan juga untuk renungan kita bersama.
Sekian. Wassalam.

Sumber: catatan FB seorang rakan

1 thought on “Cerita Pasal Perasaan”

Leave a Reply