Beauty & Health Uncategorized

Cantik Macam Artis Korea

Assalamualaikum

Biasanya kalau memonton drama-drama Korea, pasti saya akan
kagum dengan kecantikan dah kemulusan kulit artis wanita mereka. Antara artis
wanita Korea yang saya minati ialah Song Hye Kyo dan drama beliau yang begitu
popular ialah Autumn in My Heart (2000) dan Full House (2004). Beliau dikatakan
mempunyai kulit yang sangat mulus dan cantik. Song juga adalah duta kepada produk kecantikan, Laneige.

Sumber: Google

Saya ada terbaca tentang rahsia kecantikan dan penjagaan
kulit beliau. Saya kongsikan di sini:

Pemakanan

·     
Tidak mengambil coklat, minuman berkarbonat, teh hitam (black tea) dan juga makanan ringan.
Beliau menggantikannnya dangan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran.
·     
Meminum air sekurang-kurangnya 1.5 liter sehari. Beliau memulakan
hari dengan meminum 2 gelas air masak sebaik saja bangun tidur. (Kaedah Islam juga ada menyatakan tentang penjagaan kesihatan dengan meminum air masak sebaik
bangun tidur)

Penjagaan Kulit Muka
·      Masker putih telur + madu untuk memutihkan kulit. Caranya adalah dengan mencampurkan
sebiji telur (putih sahaja) dengan sesudu 
madu yang belum diproses. Boleh disapukan di muka dan tunggu sehingga
kering sebelum dicuci. Kekerapan : 2 minggu sekali.
·      Mengurut muka. Beliau mengurut muka dengan campuran 1 bahagian madu + 2 bahagian air. Kekerapan:
2 minggu sekali.
·      Menggunakan kiub ais untuk kulit yang lebih tegang. Caranya ialah dengan mengurut muka
dengan menggunakan ais. Tapi kaedah ini saya tak pernah cuba lagi J

Senaman:
·     
Melakukan senaman
sekurang-kurangnya 4x seminggu. Antara aktiviti kegemaran beliau adalah pilates, yoga dan kick-boxing.
·     
Melakukan ‘stretching’ 20 minit sebelum dan selepas
bersenam.

Saya pernah juga terbaca tentang kaedah pembedahan plastik
yang kerap dilakukan oleh artis-artis Korea untuk kelihatan lebih cantik, namun,
 saya tidak pasti tentang Song Hye Kyo.
Walau
apa pun, tips-tips di atas saya rasa boleh diamalkan sekiranya ia benar-benar berkesan.
Jika dikira, kosnya agak murah dan bahan-bahannya juga senang untuk didapati.
Untuk umat Islam, sebenarnya banyak lagi petua-petua yang boleh diamalkan untuk menjaga kecantikan contohnya dengan berwuduk, bersolat, berselawat dan menjaga hati supaya sentiasa bersih. Wallahualam.

Sekian. Wassalam.
Sumber:
K-popped.com
asianfanatics.net

2 thoughts on “Cantik Macam Artis Korea”

Leave a Reply