Melihat kejayaan kawan-kawan dalam bidang perniagaan atau kerjaya yang bukan makan gaji, saya selalu terfikir, bolehkah saya menjadi seperti mereka.
keduanya di Seremban. Memang dia sangat minat berniaga sejak dulu lagi.
Abdullah, rakan sekelas saya semasa di sekolah, kini adalah
seorang usahawan. Siapa sangka dia sudah mempunyai perniagaan menjual
perabut.
bidang ‘Unit Trust’ yang diceburinya. Yang paling penting dia mempunyai
pendapatan yang boleh dikatakan ‘stable’
dan mempunyai masa yang lebih ‘flexible’
dengan anak-anak.
Contoh-contoh di atas adalah kejayaan rakan-rakan saya yang
kategorikan sebagai ‘street smart’ dan saya percaya mereka adalah orang-orang yang
sangat cekal dan tabah.
Apakah maksud ‘Book Smart’ dan ‘Street
Smart’?
Book Smart adalah golongan yang dikategorikan sebagai cerdik
pandai. Mereka adalah orang-orang yang mempunyai pencapaian akedemik yang
cemerlang.
melalui pendidikan tidak formal. Pencapaian akademik mereka mungkin tidak
secemerlang golongan Book Smart tetapi mereka diberi
kelebihan dari segi daya ketahanan atau ‘survival
mentality’ dan juga tahap ‘common
sense’ yang tinggi.
Pelbagai pendapat telah saya baca mengenai Book
Smart vs Street Smart ini. Contohnya, golongan Book Smart mengatakan
bahawa kejayaan harus berdasarkan tahap pendidikan yang cemerlang, manakala
golongan Street Smart pula yakin bahawa tanpa tahap pendidikan formal yang
tinggi juga, mereka boleh mencapai kejayaan.
mendapatkan pekerjaan yang bagus, kita harus mempunyai kelulusan akademik yang
cemerlang. Namun begitu, orang-orang Street
Smart pula mengatakan bahawa Steve Jobs dan
Bills Gates mampu membina empayar perniagaan mereka walau tahap
pencapaian akademik mereka tidak begitu cemerlang.
Kadang-kadang saya terfikir, sekiranya kita meletakkan
golongan Book Smart ini dikalangan Street Smart, mampukah mereka untuk bersaing?
Contohnya, mampukah seseorang yang perjalanan hidupnya selama
ini agak mudah, berbekalkan pencapaian akademik yang cemerlang dan akhirnya hidup aman damai dengan gaji bulanan yang
tetap….tiba-tiba menceburkan diri dalam bidang perniagaan?
Mampukah mereka untuk bersaing dengan golongan Street
Smart yang biasanya lebih berpengalaman dan mungkin juga telah merasa
pelbagai jenis pahit manis kehidupan.
Boleh atau tidak, saya tidak pasti
Walau apa pun saya percaya, kedua-duanya mempunya
kelebihan yang tersendiri.