Family Uncategorized

Betul ke Cemburu Tanda Sayang?

Ada sesetengah orang berpendapat, cemburu bukan bermaksud sayang. Tetapi, cemburu
adalah satu perasaan yang timbul apabila seseorang itu merasa kedudukannya
tidak selamat (insecurity). Ia juga
boleh dikatakan sebagai perasaan takut kerana kedudukannya boleh saja diambil
oleh orang lain dan lebih kritikal, perasaan fear of loss.
Sumber gambar: Google

Contohnya, apabila kita berasa cemburu, kita sebenarnya
takut kedudukan kita, sama ada di dalam hati, fikiran atau pun kehidupan
pasangan kita akan dirampas oleh orang yang kita cemburui itu.

Bila perasaan cemburu timbul, kita sebenarnya tidak percaya
pada kebolehan dan keupayaan diri sendiri. Contohnya kita kurang yakin dengan attraction power dan sense of self-worth yang  ada untuk memastikan ‘kedudukan’ kita tidak
tergugat.

Semakin
tinggi  perasaan cemburu, bermakna,
semakin besar perasaan takut  pasangan
kita akan dirampas.  Namun, ada juga yang
berpendapat, perasaan cemburu timbul kerana takut kehilangan ego, pride, kedudukan dan kebergantungan pada
seseorang. Jadi, tiada kena mengena dengan perasaan sayang atau cinta sejati.  Benarkah?

Sumber gambar: Facebook
Setiap orang mungkin ada definisi atau perspektif berbeza tentang ‘cemburu’. Walau apa pun perasaan cemburu ini tidak boleh
dipandang ringan. Cemburu boleh menjurus kepada perkara-perkara negatif contonya
salah faham, pergauhan, memukul pasangan dan yang lebih teruk, membunuh. Jadi,
berhati-hati lah ya.

Sekian. Wassalam.

Sumber: whatislovedrcookerly.com

2 thoughts on “Betul ke Cemburu Tanda Sayang?”

Leave a Reply