Cerita

Berhenti Kerja…dan Berniaga. Ada Berani?

Assalamualaikum
Ramai orang kata, kalau dah bosan dengan kerja sekarang, buat ajelah
bisnes. Masalahnya, mampukah saya.??
Saya ada juga membuat sedikit kajian tentang persediaan yang perlu
dibuat sebelum berhenti kerja dan melibatkan diri secara serius dalam perniagaan. Antara faktor penting:
Gambar: Google

1.    Tabungan & modal yang mencukupi.

Jumlah simpanan mesti cukup untuk menampung perbelanjaan
peribadi dari  6 ke 12 bulan. Contohnya,
jika perbelanjaan peribadi RM3,000, jumlah simpanan mesti  RM18,000 ke RM36,000. Ini untuk perbelanjaan
peribadi sahaja ya…
Selain daripada itu anda juga harus menyediakan wang  yang cukup untuk dijadikan modal perniagaan.
Pastikan anda tidak terlalu bergantung dengan pihak bank untuk
membiayai aktiviti perniagaan anda.
2.    Pendapatan bisnes sama atau melebihi gaji.
Anda dinasihatkan supaya memulakan perniagaan secara “part
time” dalam masa 2 ke 5 tahun sebelum membuat keputusan untuk meletak jawatan. Setelah
yakin perniagan anda boleh memberikan pulangan yang stabil, barulah anda boleh
memikirkan untuk berhenti kerja.
3.    Mempunyai perancangan perniagaan yang rapi.
“If you fail to plan, you are planning to fail”.
Perancangan dan strategi 
perniagaan perlu dibuat untuk jangkamasa pendek, sederhana dan panjang.
Dan setiap perancangan perlu disertakan dengan pelan tindakan. Sebagai
usahawan, anda mesti mematuhi perancangan tersebut.
4.    Sanggup bekerja lebih masa
     Bersedia untuk bekerja lebih 12 jam sehari?
Mempunyai pekerjaan tetap dan melibatkan diri secara “part time” dalam perniagaan mungkin memerlukan komitment yang sangat tinggi. Secara tidak langsung,
ianya memerlukan kekuatan dari segi fizikal dan mental. Disiplin juga sangat
penting kerana tiada siapa yang mengawal anda sekarang.
5.    Anda betul-betul minat dengan perniagaan
itu?
Contohnya anda melihat sepupu anda sangat minat dengan
haiwan dan beliau  membuka perniagaan
menjual haiwan (pet shop) dan akhirnya berjaya. Tidak semestinya anda mesti
melibatkan diri dalam perniagaan yang sama. Sepupu anda mungkin sudah membuat
kajian terperinci mengenai jenis perniagaan itu. Atau, minatnya yang mendalam
terhadap haiwan menyebabkan beliau bersemangat, keratif dan bersungguh-sungguh
dengan perniagaannya.
6.    Pasaran dan pelanggan
‘Networking” adalah penting bagi
memastikan perniagaan  anda sentiasa mempunya
pasaran dan pelanggan.
Salah satu cara, anda harus  terus menjalinkan hubungan baik dengan rakan
sekerja anda sekarang, kerana mereka juga adalah bakal pelanggan anda.
Itu saja yang dapat saya kongsikan. Semoga ianya dapat memberi manafaat dan membantu kita dalam membuat keputusan….
Bilakah masa yang paling sesuai untuk berhenti kerja dan memberikan sepenuh tumpuan kepada perniagaan.

     Sekian. Wassalam

4 thoughts on “Berhenti Kerja…dan Berniaga. Ada Berani?”

  1. ya betul tu, saya pun setuju dengan pendapat tuan. Sebelum berniat berhenti kerja dan jadi usahawan sepenuh masa, pastikan kita sudah mempunyai simpanan untuk sara kos hidup peribadi selama 6-12 bulan. Lebih lagi bagus. Keuntungan dalam perniagaan tak selalu, takut2 nanti tak dapat menampung kos sara hidup kalau tiada simpanan langsung.

  2. I am a student of BAK College. The recent paper competition gave me a lot of headaches, and I checked a lot of information. Finally, after reading your article, it suddenly dawned on me that I can still have such an idea. grateful. But I still have some questions, hope you can help me.

Leave a Reply