Family Uncategorized

Apa Yang Perempuan Mahu

Assalamualaikum

Beberapa hari lalu, saya terbaca artikel mengenai “Apa Yang Perempuan
Mahu” dari lelaki yang mereka sayangi.
Saya kongsikan fakta-fakta  tersebut di sini, khas untuk kaum Adam di
sana:

Sumber gambar: Ihsan Google
1.
Kesetiaan adalah penting
Kecurangan adalah antara punca utama berlakunya keretakan
sesuatu hubungan.  Oleh itu, pastikan
anda setia dengan pasangan anda.

 

2.
Wanita mahukan perhatian
Tidak perlulah sampai menelefon mereka 24 jam, tapi
cukuplah sekadar membuat mereka tahu yang anda sentiasa  mengingati mereka. Ucapan I love you, good night atau mendapat sms dari orang yang tersayang
mungkin sudah cukup untuk membuat wanita rasa gembira.
3.
Penghargaan
Bukanlah juga bermakna wanita mengharapkan anda menghantar
bunga setiap hari atau menghadiahkan mereka dengan 8 buah kereta BMW. Cukuplah
dengan menghargai apa yang telah mereka lakukan untuk anda. Sekurang-kurangnya
ucaplah terima kasih dan berilah pujian ikhlas contohnya “sedap masakan hari
ini”

 

4.
Jadilah pendengar yang baik
Sekiranya isteri atau teman wanita anda meluahkan perasan
atau bercerita tentang masalah mereka, jadilah pendengar yang setia. Luangkanlah
sedikit masa berharga anda untuk menjadi pendengar yang bijak. Jika tidak dapat
membantu menyelesaikan masalah itu sekali pun, sekurang-kurangnya dapatlah juga
membantu meringankan beban yang ditanggung. Pasti isteri atau teman wanita akan
lebih menghargai anda.

 

5.
Kejutan
Kejutan atau surprise!!!!
Gunakanlah kerativiti anda untuk memberikan kejutan atau surprise kepada orang tersayang. Ia
boleh dalam bentuk apa saja contohnya bunga, coklat atau love note.
Memasak makanan kegemaran orang tersayang juga merupakan
satu kejutan terutamanya  bagi abang-abang
yang tak pernah ke dapur J 

Sumber gambar : Ihsan Google
6.
Wanita suka diberi kepercayaan
Wanita mahu suami atau teman lelaki mereka percaya bahawa
mereka adalah kaum yang setia. Percayalah, kehadiran lelaki yang lebih kaya dan
kacak, belum tentu dapat menggugat perasaan mereka terhadap anda.

 

7.
Lelaki bijak adalah bonus
‘Bijak’ tidak semestinya diukur dengan pencapaian akademik
semata-mata. Kelebihan ilmu atau kemahiran dalam sesuatu bidang adalah suatu
bonus jika digunakan dengan betul.  Oleh itu, rajin-rajinlah berkongsi ilmu
dengan orang yang tersayang. Cara pendekatan juga penting ya. Contohnya  “Saya tahu dan pernah belajar tentang hal ini,
boleh saya ajar awak?” dan janganlah pula “Tak kan tak tahu, kan dah belajar dulu!!”
8.
Cita-cita dan wawasan
Lelaki yang mempunyai cita-cita dan berwasan tinggi akan
bekerja keras untuk memperbaiki masa depannya. Ini akan menjadikan wanita yang
mereka sayang merasa kehidupan mereka akan lebih terjamin. Tidak nafikan, kestabilan
ekonomi dan wang ringgit juga penting.
9.
Rasa selamat
Semestinya wanita ingin berasa selamat dan rasa dilindungi
apabila bersama orang yang mereka sayang. So,
be protective, not possessive.

 

10. Bimbinglah
ke jalan yang diredhai
Our goal is Jannah. Maka,
persiapkanlah diri anda untuk menjadi pembimbing yang terbaik
Sumber gambar : Ihsan Google

 

Sekian. Wassalam.

3 thoughts on “Apa Yang Perempuan Mahu”

Leave a Reply